Friday, October 11, 2013

Why Women Always Be Angry ??


Kenapa orang perempuan asyik-asyik je nak marah... bagi sesetengah orang itu perkara biasa tapi kalau orang tu tak biasa boleh stress orang yang kena marah tu... Kesianlah pulak tengok bila orang kena marah tanpa sebabkan... haha !! 
So this is why women always want to angry :
Perempuan inginkan belaian. 
Sebab ini adalah munasabah. Mengapa? Yela, contohnyalah kan, kalau korang dah lama sangat tak gaduh-gaduh manja kan. Perempuan ni mesti saja cari sebab nak gaduh. Kadang-kadang sebab sikit je jadi gaduh besar. Contoh, kalau saya mesej Capital E then dia lambat reply, mesti saya jadikan point nak gaduh. Kata dia malas layan sayalah,apelha kan. Itu semua adalah taktik ya kaum-kaum lelaki sekalian. Kalau perkara tersebut terjadi, sila beri layanan kepada kami dengan penuh kesabaran. Contoh tadi contoh je ya. Sayakan kawan yang baik. Mana ada buat Capital E macam tu. HAHAHA 
Perempuan ingin menarik perhatian.
 Ini mungkin ya. Sebab saya pon was-was juga ni. Contohnyalah kan, kalau saya tengah mesej-mesej Capital E. Dia reply pendek-pendek je. Tu pon macam nak tak nak je kan. Sebab dia tengah main PSP or layan kartun kat bilik kawan baik dia. So saya akan lancarkan perang secara senyap. Seperti membalas mesej "awak buat la kerja yang penting tu dulu, saya ada kerja". Then Capital E akan reply "Eh, saya tak ada kerja la. Awak buat ape tu?".Tengok, kan dah berjaya menarik perhatian. Ini juga adalah contoh ya. Saya kan kawan yang baik. Mana nak buat Capiyal E macam tu. 
Perempuan nak datang bulan.
 Ini memang betul! Sebab kan, kalau timing saya macam nak kena je kan dalam bulan tu. Then tiba-tiba saya saja je malas nak layan Capital E ke, or tiba-tiba saya cakap"saya tak baiklah awak". Then Capital E mesti kata "awak dah nak datang lah cakap ponmerapu je". Esoknya, memang saya ABC! (Allah Bagi Cuti). 
Ini adalah dari pandangan saya sahaja. Oleh itu, kaum lelaki,perempuan ni senang je nak hilangkan marah dia. Beri perhatian time dia bercakap atau mesej, dan layan dengan ikhlas. Kalau tak nak mesej cakap je. Tak yah nak reply pendek-pendek sekadar memenuhi syarat. Ini lagi la buat kami sakit hati. Then, jujur dengan kami. Itu je, senang kan? Tapi kalau time "The time of the month" tu memang tak boleh nak buat ape la. Kami kaum perempuan ni, kompen cepat naik angin. Hormone tak stabil la katakan.
Capital E dengan saya just TTM (Teman Tapi Mesra) je jangan anggap lebih !!
Lepas ni Kaum Adam bersabar ye !!

No comments:

Post a Comment